Saturday, December 14, 2013

Posted by jinson on Saturday, December 14, 2013 No comments


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnia Nya, Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan Iskandariah (JPC) kali ini telah berjaya melabuhkan tirai dengan berakhirnya sesi pengundian semalam. Setelah melalui beberapa peringkat yang berikut :

Perkara
Tarikh
Jualan Borang Pencalonan
2-5 Disember 2013
Hari Pencalonan
6 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa I
6 Disember 2013
Tempoh Kempen & Bantahan
6-9 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa II
10 Disember 2013
Pengumuman Calon Fasa  di Tafaqquh
12 Disember 2013
Hari Pengundian Iskandariah
13 Disember 2013

Oleh itu, diharapkan agar semoga calon-calon yang berjaya dapat mengemudi bahtera PERUBATAN Cawangan Iskandariah dengan lebih cekap dan bijaksana untuk sesi 2014/2015. Bagi calon-calon yang kurang berjaya,  diharapkan agar anda semua terus thabat dalam meneruskan perjuangan ini.

Kepemimpinan adalah amanah, dan ia merupakan  titipan  daripada Allah swt, bukan sesuatu yang diminta apatah lagi dikejar dan diperebutkan. Oleh kerana kepimpinan melahirkan kekuasaan yang digunakan semata-mata untuk memudahkan urusan rakyat jelata, ini adalah bagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk berkhidmat dalam masyarakat.

Oleh kerana faktor cuaca yang teruk sewaktu hari pengundian, sesi pengiraan undian terpaksa dianjakkan pada malam semalam. Alhamdulillah , kesemua ajk jpc bertungkus lumus untuk menyelesaikan pengiraan undi malam semalam. Dan keputusan pilihanraya iskandariah untuk sesi 2014/2015 terpaksa ditunda kepada hari ini iaitu 14/12/2014 setelah selesainya sesi pembikinan video yang terpaksa mengambil sedikit masa serta keadaan ahli jpc yang sedang sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Akhir kalam daripada pihak Jawatankuasa Pilihanraya Iskandariah untuk sesi 2013, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga iskandariah yang sudi turun mengundi pada hari pengundian pada 13/12/2013 dan pihak kami ingin memohon segala kemaafan sekiranya terdapat kelemahan sewaktu berlangsungnya pilihanraya iskandariah untuk kali ini.

 “BERKAT, TELUS DAN CEKAP”

 Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC)  Iskandariah 2013
Wallahu ta’ala a’lam.

 1488545_707509962601072_422204877_n
Muhammad Fakhrullah bin Mohd Amin
Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC)  Iskandariah 2013




Analisa penuh keputusan pilihanraya akan dikeluarkan selepas ini.


0 comments:

Post a Comment