Sunday, December 1, 2013

Posted by jinson on Sunday, December 01, 2013 No comments
NEW - Logo JPC Iskandariah 2013
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajiban agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”
Hal ini seiring dengan sabda baginda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya,
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”

Mengekalkan Sistem Pencalonan
Sebagai sebuah badan bebas yang bernaung bawah PERUBATAN, Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2013 bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan (JKTPC) sesi 2014/2015 berjalan dengan lancar.
Pada tahun ini, JPP akan mengguna pakai sistem ‘Pencalonan’ sebagaimana yang telah diamalkan 3 tahun kebelakangan ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan dari individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Antaranya fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan, dan akhirnya pengundian.
Pilihanraya Cawangan Iskandariah
Setelah meneliti dari pelbagai aspek, pihak Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah telah menetapkan beberapa tarikh penting bagi menjayakan pilihanraya cawangan di Iskandariah. Butiran adalah seperti berikut:
PerkaraTarikh
Jualan Borang Pencalonan2-5 Disember 2013
Hari Pencalonan6 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa I6 Disember 2013
Tempoh Kempen & Bantahan6-9 Disember 2013
Pengumuman Senarai Calon Fasa II10 Disember 2013
Pengumuman Calon Fasa  di Tafaqquh12 Disember 2013
Hari Pengundian Iskandariah13 Disember 2013

Seruan kepada Ahli
Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN cawangan Iskandariah untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini. Seterusnya, menjayakan sasaran kami agar sekurang-kurangnya 70% ahli PERUBATAN turun mengundi di peringkat cawangan masing-masing.
Kuasa di tangan anda, sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.
Wallahu ta’ala a’lam.
 1488545_707509962601072_422204877_n







Muhammad Fakhrullah bin Mohd Amin
“Berkat, Telus dan Cekap”
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC)  Iskandariah 2013

0 comments:

Post a Comment