Sunday, December 1, 2013

Posted by jinson on Sunday, December 01, 2013 No comments


Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) & Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) adalah berdasarkan perlembagaan PERUBATAN fasal 17 & fasal 27:

 BAB KETIGA: MESYUARAT AGUNG DAN MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN


 Fasal 17 : Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN

1. PELAKSANA:
  1. Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN.
  2. Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) terdiri daripada:
    1. Pengarah
    2. Timbalan Pengarah
    3. Setiausaha
    4. Bendahari
    5. Ahli-ahli Jawatankuasa
  3. Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dilarang untuk mencalon atau dicalonkan dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN.
  4. Bidang tugas Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) adalah seperti berikut:
    1. Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN.
    2. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan.
  5. Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN boleh dipantau oleh tidak lebih daripada 4 orang pemantau yang akan dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN sekiranya perlu.
2. PEMILIHAN:
  1. Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN hendaklah dijalankan sebelum atau semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
  2. Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN adalah terdiri daripada 2 orang wakil (seorang lelaki dan seorang perempuan) daripada setiap PERUBATAN Cawangan mengikut universiti.
  3. Calon Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN mestilah pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
  4. Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP).
  5. Berdasarkan Fasal 18 Perkara 1 (d), seramai 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN lelaki dan 1 (satu) orang Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN.
  6. Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dikekalkan boleh bertanding sebagai Presiden atau Timbalan Presiden.
  7. Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN yang dipilih akan berkuatkuasa selepas pengumuman dilakukan oleh Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang terdekat.

BAB KEEMPAT: PERUBATAN CAWANGAN


Fasal 27: Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan

1. PELAKSANA:
  1. Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
  2. Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) terdiri daripada:
    1. Pengarah
    2. Timbalan Pengarah
    3. Setiausaha
    4. Bendahari
    5. Ahli-ahli Jawatankuasa
  3. Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dilarang untuk mencalon atau dicalonkan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
  4. Bidang tugas Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) adalah seperti berikut:
    1. Mengurus dan memastikan kelancaran dan ketelusan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
    2. Melaksanakan gerak kerja mengikut etika yang telah ditetapkan.
  5. Tugas-tugas Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dalam proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan boleh dipantau oleh tidak lebih daripada 4 orang pemantau yang akan dilantik oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan sekiranya perlu.
2. PEMILIHAN:
  1. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan hendaklah dijalankan sebelum atau semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan.
  2. Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.
  3. Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang dilantik akan berkuatkuasa selepas pengumuman oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan. 

Perlembagaan penuh sila layari di link ini.

"BERKAT, TELUS DAN CEKAP"



0 comments:

Post a Comment