Monday, December 9, 2013

Posted by jinson on Monday, December 09, 2013 No comments


1. Semua ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN layak untuk mengundi. Senarai ahli matang boleh semak di link ini.

2. Pemilih akan menyemak semula kelayakan mengundi sebelum membuang undi.

3. Pemilih membuang undi di saluran-saluran yang disediakan.

4. Borang pengundian adalah standard dan bernombor siri di semua peringkat.

5. Borang pengundian akan disediakan oleh pihak JPC.

6. Borang adalah tidak terhad dan percuma. Tempoh masa yang dibuka untuk proses pembuangan undi akan ditetapkan oleh JPC.

7. Calon jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan MTP hendaklah menghantar wakil pemerhati ketika pengiraan undi di pusat pengundian masing-masing.

8. Hari pengundian bagi AJKT PC dan MTP akan diadakan pada hari yang sama di beberapa pusat yang telah ditentukan oleh JPC.

9. Manakala hari pengundian Presiden dan Timbalan Presiden akan dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN 10 (MAT 10) dan pengundi terdiri daripada perwakilan yang menghadiri MAT ke-10.

"BERKAT, TELUS DAN CEKAP"


0 comments:

Post a Comment