Alhamdulillah
bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnia Nya, Jawatankuasa
Pilihanraya Cawangan Iskandariah (JPC) kali ini telah berjaya melabuhkan tirai
dengan berakhirnya sesi pengundian semalam. Setelah melalui beberapa peringkat
yang berikut :
Perkara
|
Tarikh
|
Jualan
Borang Pencalonan
|
2-5
Disember 2013
|
Hari
Pencalonan
|
6
Disember 2013
|
Pengumuman
Senarai Calon Fasa I
|
6
Disember 2013
|
Tempoh
Kempen & Bantahan
|
6-9
Disember 2013
|
Pengumuman
Senarai Calon Fasa II
|
10
Disember 2013
|
Pengumuman
Calon Fasa di Tafaqquh
|
12
Disember 2013
|
Hari
Pengundian Iskandariah
|
13
Disember 2013
|
Oleh
itu, diharapkan agar semoga calon-calon yang berjaya dapat mengemudi bahtera
PERUBATAN Cawangan Iskandariah dengan lebih cekap dan bijaksana untuk sesi
2014/2015. Bagi calon-calon yang kurang berjaya, diharapkan agar
anda semua terus thabat dalam meneruskan perjuangan ini.
Kepemimpinan
adalah amanah, dan ia merupakan titipan daripada Allah
swt, bukan sesuatu yang diminta apatah lagi dikejar dan diperebutkan. Oleh
kerana kepimpinan melahirkan kekuasaan yang digunakan semata-mata untuk
memudahkan urusan rakyat jelata, ini adalah bagi menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan untuk berkhidmat dalam masyarakat.
Oleh
kerana faktor cuaca yang teruk sewaktu hari pengundian, sesi pengiraan undian
terpaksa dianjakkan pada malam semalam. Alhamdulillah , kesemua ajk jpc
bertungkus lumus untuk menyelesaikan pengiraan undi malam semalam. Dan
keputusan pilihanraya iskandariah untuk sesi 2014/2015 terpaksa ditunda kepada
hari ini iaitu 14/12/2014 setelah selesainya sesi pembikinan video yang
terpaksa mengambil sedikit masa serta keadaan ahli jpc yang sedang sibuk
membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Akhir
kalam daripada pihak Jawatankuasa Pilihanraya Iskandariah untuk sesi 2013, kami
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga iskandariah yang sudi
turun mengundi pada hari pengundian pada 13/12/2013 dan pihak kami ingin
memohon segala kemaafan sekiranya terdapat kelemahan sewaktu berlangsungnya
pilihanraya iskandariah untuk kali ini.
“BERKAT, TELUS DAN CEKAP”
Jawatankuasa
Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah 2013
Wallahu
ta’ala a’lam.
Muhammad Fakhrullah bin Mohd Amin
Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah 2013
Analisa penuh keputusan pilihanraya akan dikeluarkan selepas ini.
0 comments:
Post a Comment