1. Semua ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada
dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh
pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN layak untuk mengundi.
Senarai ahli matang boleh semak di link ini.
2. Pemilih akan menyemak semula kelayakan mengundi
sebelum membuang undi.
3. Pemilih membuang undi di saluran-saluran yang
disediakan.
4. Borang pengundian adalah standard dan bernombor siri
di semua peringkat.
5. Borang pengundian akan disediakan oleh pihak JPC.
6. Borang adalah tidak terhad dan percuma. Tempoh masa
yang dibuka untuk proses pembuangan undi akan ditetapkan oleh JPC.
7. Calon jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan MTP
hendaklah menghantar wakil pemerhati ketika pengiraan undi di pusat pengundian
masing-masing.
8. Hari pengundian bagi AJKT PC dan MTP akan diadakan
pada hari yang sama di beberapa pusat yang telah ditentukan oleh JPC.
9. Manakala hari pengundian Presiden dan Timbalan
Presiden akan dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN 10 (MAT 10) dan
pengundi terdiri daripada perwakilan yang menghadiri MAT ke-10.
0 comments:
Post a Comment