Saturday, December 7, 2013

Posted by jinson on Saturday, December 07, 2013 No comments



SYARAT-SYARAT BERKEMPEN

Tempoh kempen adalah selepas nama-nama calon diumumkan. Walaupun kempen secara individu adalah dibenarkan, JPC tetap akan berkempen untuk semua calon. Semua calon mesti memberi kerjasama apabila dihubungi JPC.

1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan atau parti politik lain selain daripada PERUBATAN.
2. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.
3. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa atau mahasiswi.
4. Tidak dibenarkan menggunakan bahan-bahan berkempen yang bersifat kekal seperti t-shirt, penanda buku, button badge dan banyak lagi.
5. Poster bercetak adalah dibenarkan dengan syarat:
  • salinan hendaklah dihantar kepada JPC terlebih dahulu untuk semakan.
  • hendaklah bercop PERUBATAN.
  • hanya diedarkan di markaz PERUBATAN, BKAN, DMAK, dan rumah-rumah ahli sahaja
  • hanya boleh ditampal pada bahagian yang disediakan di premis-premis yang dibenarkan
  • poster yang ditampal hendaklah dibuang dalam tempoh seminggu selepas tempoh pilihanraya
6. Rapat umum oleh calon hanya boleh menggunakan pentas pengenalan calon yang disediakan oleh JPC sahaja.
7. Promosi calon oleh penyokong didalam sebarang program PERUBATAN mestilah meminta izin daripada penganjur majlis.
8. Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali.
9. Kempen hanya dibenarkan selepas JPC mengumumkan calon yang akan bertanding.
10. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang bertanding.
11. Mana-mana Calon, Pencadang atau Penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPC.
12. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPC adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT BANTAHAN
Tempoh bantahan adalah selepas nama-nama calon diumumkan sehingga 9hb Disember 2013
1. Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan atau syarat-syarat kempen.
2. Setiap individu yang ingin membuat bantahan terhadap calon perlulah membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan di hadapan pegawai JPC.
3. Borang bantahan boleh dibeli daripada pegawai JPC dengan harga LE 30.
4. Sebarang keputusan daripada JPC adalah muktamad..

"BERKAT, TELUS & CEKAP"



0 comments:

Post a Comment