Monday, December 2, 2013

Posted by jinson on Monday, December 02, 2013 No comments



Sila baca syarat-syarat pencalonan dibawah sebelum anda mengisi borang pencalonan.

SYARAT-SYARAT PENCALONAN

  1. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.
  2. Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan.
  3. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah:
                                i.            Tidak terlibat dalam politik wang
                              ii.            Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina
                            iii.            Tidak mengambil dadah
                             iv.            Tidak minum arak
                               v.            Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat
                             vi.            Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar muslim.

  1. Jumlah borang bagi pencalonan adalah dihadkan dan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN.
  2. Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.
  3. Pencadang dikehendaki hadir bersama individu yang ingin dicalon ke lokasi pencalonan.
  4. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan.
  5. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Pengerusi/Timbalan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi. [PERUBATAN cawangan]
  6. Calon, Pencadang serta Penyokong mestilah hadir pada hari pencalonan untuk menandatangani borang dihadapan pegawai JPC.
  7. Pencalonan untuk jawatankuasa Majlis Tertinggi PERUBATAN dibuka kepada semua mantan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan.
  8.  Borang pencalonan jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) hanya dikeluarkan sebanyak 3 borang.
  9. Borang pencalonan jawatan Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.
  10. Borang pencalonan jawatan Timbalan Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.
  11. Borang pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan dikeluarkan sebanyak 20 borang setiap lelaki dan perempuan.
  12. Borang pencalonan jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) akan dijual dengan harga LE 10.
  13. Borang pencalonan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan akan dijual dengan harga LE 10.
  14. Borang pencalonan Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan dijual dengan harga LE 5.
  15. Pegawai JPC tidak boleh dicalonkan untuk bertanding.
  16. Borang pencalonan boleh dibeli pada Pengarah/Timb. Pengarah JPC dan dihantar selewat-lewatnya pada Hari Pencalonan 6 Disember 2013.
  17. Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (hari pencalonan)
  18. Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPC.
  19. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPC adalah muktamad.

"BERKAT, TELUS DAN CEKAP"


0 comments:

Post a Comment